Isnin, 7 Januari 2013

Anak-anak dah mulai bersekolah...

Tahun 2013 nie... anak-anak saya dah tingkatan satu dan seorang lagi dah darjah 5... terasa sekejap jer masa berlalu.. dan sepastinya, masa itu cepat meninggalkan kita....   Persiapan sekolah; macam biasa sahaja.. tak de lah nak kelam kabut sebb dah berpengalaman pada tahun-tahun sebelum ini.. cuma untuk Azim (si abang) jer yang perlu diberi perhatian khusus... Azim adalah mild autism.. jadi dia bersekolah di sekolah menengah yang ada aliran pendidikan khas integrasi... jadi, saya betul2 perlu membuat persiapan rapi untuknya.. Sementara Arissa (si adik) dia dah big girl dah... dah darjah 5... saya yakin dia boleh menguruskan diri sendiri...

Nanti bila ada kelapangan, akan saya update tentang Azim yer.. terutamanya bagi ibu bapa yang mengalami masalah yang sama seperti saya.. mana tahu, kita boleh bertukar2 pendapat.. yer tak?



Rabu, 12 Disember 2012

Percubaan Karamel Cheese Cake

First Trial of Caramel Cheese Cake

Kalau nak tahu lah kan.. aku nie memang tak pandai langsung memasak, apatah lagi membaking.. dan memang dari muda2 dulu pun (sebelum berkahwin) memang aku tak pandai langsung duduk kat dapur untuk mencuba apa2 resepi...bukanlah sebb malas ke apa ke.. tapi macam tak ada chemistry arr antara aku dan dapur (alasan kah itu) hahahah...

Walau bagaimana pun,...sedangkan pantai kan berubah.. inikan pulak hati orang kan.... dengan tetiba perasaan ingin mencuba memasak ni datang secara bertalu2.. dan tetiba jer pada awal December hari tu aku just try and error dalam baking2 nie... so inilah hasilnya... dapat gak aku buat caramel cheese cake.... dari segi tekstur, aku rasa macam dah okay ler... dari segi rasa.. pun macam dah tersangat sedap... emmm.. kira2nya terror jugak lah aku ni membaking.. pasni memang nak cuba dan cuba lagi memasak...

Oh ya, tak sangka plak... bila aku buat caramel cheese cake nie, tetiba kawan2 sepejabat nak meng'order'.. alahai.. cuak giler sebb aku ni memang tak berniat nak menerima tempahan.. tapi orang kata, tak cuba tak tahu kan.. so aku gagahi kan diri.. menerima tempahan mereka... dan.. syukur.. berjaya jugak menyiapkan tempahan mereka... 
Caramel Cheese Cake by CahayaFadzilah

Selasa, 11 Disember 2012

Yang Pertama....

Assalammualaikum...

Macam tak percaya jer.. akhirnya dapat juga aku menyiapkan blog ini... niat untuk menulis dalam alam maya ni dah lama terpendam, tapi asyik tertangguh atas sebab2 yang tak dapat dielakkan... mungkin, pada hari ini...11/12/12 adalah hari yang terbaik untuk aku merasmikan blog ini... semoga blog ini akan memberi sesuatu yang berfaedah sama ada buat aku sendiri ataupun rakan2 di luar sana....